awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH-BN Negeri Sembilan bincang persiapan jentera, manifesto hadapi PRN - MB

Bernama
Bernama
28/06/2023
09:09 MYT
PH-BN Negeri Sembilan bincang persiapan jentera, manifesto hadapi PRN - MB
AMINUDDIN: Pertemuan ini membincangkan tentang gerak kerja pilihan raya bersama bagi memastikan kerjasama di peringkat bawah dapat dilaksanakan. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menubuhkan jawatankuasa khas bagi penyelarasan pelancaran jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya mengadakan perjumpaan bersama barisan kepimpinan UMNO yang diketuai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias bagi membincangkan perkara itu.
"Pertemuan ini membincangkan tentang gerak kerja pilihan raya bersama bagi memastikan kerjasama di peringkat bawah dapat dilaksanakan.
"Kami juga bincang tentang penyelarasan pelancaran jentera pilihan raya bagi peringkat negeri secara bersama dan diserahkan kepada jawatankuasa khas untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat, selain itu turut dibincangkan mengenai manifesto bagi pilihan raya ini," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Wisma Negeri di sini hari ini.
Aminuddin berkata Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan telah mencapai kesepakatan untuk mendepani PRN ini pada satu mesyuarat yang diadakan semalam bersama barisan UMNO negeri ini.
Beliau berharap agenda Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Malaysia MADANI dapat diteruskan oleh kerajaan negeri pada masa akan datang.
Terdahulu Aminuddin mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini akan dibubarkan Sabtu ini (1 Julai), bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.
Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan PH dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-enam, Amanah-tiga) diikuti Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-satu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan