awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilih pemimpin kembali julang maruah UMNO - Ismail Sabri

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2023
17:01 MYT
Pilih pemimpin kembali julang maruah UMNO - Ismail Sabri
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh ahli supaya membuat pilihan tepat ketika sesi pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh ahli supaya membuat pilihan tepat ketika sesi pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Sabtu.
Menurut beliau, pemilihan calon atau pemimpin perlu melibatkan kredibiliti dan keupayaan individu tersebut untuk menjulang dan mempertahankan keutuhan parti berkenaan.
“Pilihlah pemimpin yang mampu menjulang kembali maruah UMNO, berani bersuara kerana benar dan mampu mempertahankan perlembagaan parti.
“Semoga pemilihan berjalan dalam keadaan aman dan sempurna. Selamat berjuang! Hidup UMNO, hidup Melayu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Seramai lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden iaitu penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut bertanding ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; bekas Menteri Besar Johor merangkap Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohammad dan Mohd Yusof Musa.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sebarang siasatan akan dijalankan jika terdapat aduan semasa sesi pemilihan.
Jelas beliau, ia bagi memastikan sesi berkenaan berlangsung secara adil dan telus.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#ismail sabri yaakob
#Naib Presiden UMNO
#ahli MKT UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan