awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihanraya Sarawak: Pas yakin mampu tarik sokongan pengundi Cina

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
28/04/2016
10:44 MYT
Pilihanraya Sarawak: Pas yakin mampu tarik sokongan pengundi Cina
JOFRI: Kita bertanding di sini sememangnya berjuang untuk semua, oleh kerana majoriti Bumiputera adalah miskin itu yang jadi keutamaan. - Foto Astro AWANI
Pas percaya ia mampu meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN) kali ini sekiranya ia dapat memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu bahawa parti itu mahu melihat negeri itu maju dan sejahtera.
Justeru untuk bertanding di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri yang majoriti masyarakatnya kaum Cina bukan satu masalah bagi calon Pas Dun N74 Pujut, Jofri Jaraiee.
“Kita bertanding di sini sememangnya berjuang untuk semua, oleh kerana majoriti Bumiputera adalah miskin itu yang jadi keutamaan.
"Walaupun ada masyarakat Cina, kita akan memperjuangkan nasib mereka juga, kita berjuang untuk semua bukan untuk orang Islam sahaja," kata Jofri ketika ditemui semasa membuat lawatan ke kampung-kampung yang didiami masyarakat Melayu Bumiputera di Miri pada hari ini.
Pada masa sama, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Sarawak berkata, parti itu akan tetap menjaga kepentingan penduduk Bumiputera, terutama dalam isu membabitkan hak tanah.
Ini jelasnya kerana, masih ramai lagi penduduk Bumiputera tidak memiliki tanah, walaupun berasal dari kawasan berkenaan.
Jofri dalam lawatan berkenaan, turut berkesempatan mengunjungi rumah seorang pengidap kanser rahim tahap dua, Nancy Bili.
Nancy yang berusia 53 tahun itu dikesan mengalami kanser sejak beberapa bulan lalu dan kini mengharapkan bantuan untuk meneruskan kehidupan.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Jofri Jaraiee
#PAS
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan