awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan perlembagaan UMNO bolehkan permohonan keahlian dibuat dalam talian - Zahid

Bernama
Bernama
08/06/2023
07:42 MYT
Pindaan perlembagaan UMNO bolehkan permohonan keahlian dibuat dalam talian - Zahid
Ahmad Zahid berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Permohonan pendaftaran keahlian baharu UMNO boleh dilakukan secara dalam talian apabila pindaan perlembagaan parti berhubung perkara itu diluluskan Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dijadual berlangsung esok.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.
"Yang akan dipinda adalah fasal-fasal mengenai permohonan keahlian. Terdapat satu fasal untuk permohonan boleh dibuat secara dalam talian.
"Apa yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung luar biasa (khas) adalah meminda fasal itu untuk dijadikan peraturan.
"Jadi apabila ia menjadi peraturan, ertinya Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk meminda peraturan-peraturan dari segi permohonan keahlian.
"Kami permudahkan walaupun selama ini kami telah pun ada permohonan keahlian dalam talian, tapi kami akan mengimprovisasi kaedah permohonan dan kelulusannya," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Laman Media, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merasmikan pavilion kementeriannya selain meluangkan masa meninjau beberapa reruai agensi di bawah kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Perhimpunan Agung UMNO
#Permohonan pendaftaran keahlian baharu UMNO
#Secara Dalam Talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan