awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR kekalkan usaha kembalikan mandat rakyat

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2020
14:20 MYT
PKR kekalkan usaha kembalikan mandat rakyat
PKR akan meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama ahli-ahli parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:PKR akan meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama ahli-ahli Parlimen yang mendukung cita-cita dan harapan yang sama, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam satu kenyataan Saifuddin menjelaskan, PKR menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan gencatan politik.
"Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak COVID-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat," katanya.
BACA: UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan.
Beliau menjelaskan UMNO mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.
Baru-baru ini tular surat yang ditandtangi Ahmad Zahid dan disokong oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke sembilan.
Namun ibu pejabat UMNO menafikan kesahihan surat memberikan sokongan kepada Anwar itu.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution Ismail
#Anwar Ibrahim
#Zahid Hamidi
#PKR
#UMNO
#gencatan politik
#kembalikan mandat
#Perdana Menteri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan