awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR mampu beri saingan lebih kepada BN di PRK Sungai Besar - Ibrahim Ali

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/05/2016
08:56 MYT
PKR mampu beri saingan lebih kepada BN di PRK Sungai Besar - Ibrahim Ali
Ibrahim (gambar) berpendapat PKR mampu memberi saingan yang lebih kepada BN di Sungai Besar. -Gambar fail
Persaingan merebut kerusi parlimen Sungai Besar akan menjadi lebih sukar untuk Barisan Nasional jika mereka menentang PKR satu lawan satu.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat sedemikian berikutan suasana politik negara ketika ini.
"Jika kita lihat keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, calon PAS kalah hanya dengan lebih 300 majoriti undi.
"Namun, harus diingat, ketika itu PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Adakah penyokong DAP di DUN Sekinchan akan memberi sokongan yang sama?" tanya Ibrahim.
Oleh itu, secara peribadinya beliau berpendapat PKR mampu memberi saingan yang lebih kepada BN di Sungai Besar.
"Untuk Kuala Kangsar pula, saya merasakan PAS punyai peluang yang lebih cerah berbanding parti pembangkang yang lain," kata Ibrahim.
Ditanya pula mengenai peluang Parti Amanah Negara (Amanah), Ibrahim merasakan parti itu masih terlalu muda untuk beri saingan sengit.
"Perkasa pun lebih tua daripada Amanah," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#DUN Sekinchan
#Ibrahim Ali
#Parlimen Sungai Besar
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan