awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Sabah teguh di belakang kepimpinan Shafie Apdal

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
04/03/2020
05:21 MYT
PKR Sabah teguh di belakang kepimpinan Shafie Apdal
CHRISTINA: Tuduhan berkenaan adalah sama sekali tidak benar. - Gambar fail
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Christina Liew konsisten untuk kekal utuh di belakang kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi terus menerajui pentabdiran kerajaan negeri.
Beliau dalam satu kenyataan medianya hari ini berkata, pihaknya tetap teguh dengan pendirian tersebut dalam menghadapi tohmahan yang mengatakan kepimpinan parti meragui kepimpinan Mohd Shafie.
Jelas Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tuduhan berkenaan adalah sama sekali tidak benar.
"Tuntutan itu tidak benar, tidak timbul PKR Sabah meragui kepimpinan Ketua Menteri.
"Kami berdiri teguh untuk menyokong kepimpinan beliau (Mohd Shafie) dalam memacu pembangunan negeri Sabah.
"Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Ahli Parlimen Tawau menyokong penuh Ketua Menteri, beliau telah membuktikan kecekalannnya dalam tempoh 21 bulan ini," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus mengenai beliau dikatakan ingin berpaling tadah daripada partinya, Christina menyifatkan perkara berkenaan adalah sebagai mengarut.
Tambahnya lagi, beliau memegang prinsip memberi sokongan, integriti dan kesetiaannya tanpa berbelah- bahagi kepada PKR.
Topic Berkaitan
#Christina Liew
#integriti
#kerajaan
#Mahathir letak jawatan
#Mohd Shafie Apdal
#Muhyiddin Yassin PM ke-8
#PKR
#Sabah
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan