awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bincang isu PRN Sabah semasa pertemuan dengan Ahli Parlimen BN

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2025
15:45 MYT
PM Anwar bincang isu PRN Sabah semasa pertemuan dengan Ahli Parlimen BN
Media melaporkan beberapa MPV mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semasa pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Pertemuan tersebut diadakan di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya pada malam tadi.
Astro AWANI juga difahamkan, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin hadapan sekitar jam 4.30 petang.
Media melaporkan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.
Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.
Pertemuan itu juga dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas 2025 dijadualkan berlangsung pada 21 Julai ini.
Pengamal media telah 'berkampung' sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu.
Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir kira-kira 9.20 malam.
Kenderaan membawa Anwar meninggalkan kawasan berkenaan pada jam 9.34 malam, diikuti Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, seminit kemudian.
Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#pilihan raya negeri
#maklum balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan