awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib komited teruskan dasar Adenan mengenai perkara berkaitan Negeri-Persekutuan

Bernama
Bernama
09/02/2017
23:00 MYT
PM Najib komited teruskan dasar Adenan mengenai perkara berkaitan Negeri-Persekutuan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan 'Ang Pau' kepada murid sekolah kurang bernasib baik pada majlis ramah tamah sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu 10, Kota Padawan pada Khamis. - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan dasar Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, yang mahu untuk mengkaji semula hubungan dari segi perlembagaan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, berdasarkan apa yang menjadi milik rakyat Sarawak secara sah.
Perdana Menteri berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk meneruskan perkara itu kerana beliau percaya bahawa apabila perjanjian ditandatangani untuk membentuk sebuah negara, adalah amat penting ia harus dilihat sebagai perjanjian yang adil kepada semua pihak terlibat.
Beliau berkata dalam menerajui sebuah kerajaan yang sederhana, beliau mesti berlaku adil kepada semua, tanpa mengira agama, bangsa atau etnik seperti dituntut dalam Islam.
"Cadangan yang dibincangkan antara Petra Jaya dan Putrajaya akan dikaji secara serius kerana saya percaya bahawa jika saya menjadikan Sarawak kuat, kerajaan persekutuan juga akan menjadi kuat," kata beliau pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di SJK Chung Hua, KM16 Jalan Kuching-Serian di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri.
Pada Julai tahun lepas satu kenyataan bersama antara Najib dan Allahyarham Adenan menyatakan bahawa perkara berkaitan penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak akan dibincangkan secara terperinci kemudian pada mesyuarat jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan untuk tujuan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Adenan mengadakan pertemuan dengan Najib di Putrajaya untuk membincangkan isu penurunan kuasa, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan syor-syor, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Sementara itu Najib berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan harmonI apabila rakyat menerima dan menghargai kepelbagaian mereka untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat majmuk.
Beliau berkata apa yang penting ialah menolak ekstremisme, dan mewujudkan detik-detik perpaduan yang akan terus memberi kesan positif ke arah keamanan dan dan keharmonian di negara ini.
Sementara itu merujuk kepada rampasan berus cat yang dikatakan diperbuat daripada bulu babi, Najib berkata beliau berpendapat masih ada cara lain untuk menangani isu itu, selain daripada terus dirampas.
Beliau berkata, isu itu boleh ditangani dengan lebik baik dari rampasan, mungkin dari aspek label yang lebih berkesan.
Terdahulu, Najib bersama Abang Johari sempat meluangkan masa untuk singgah sebentar bagi melihat sekitar tapak projek gereja St Ann yang baharu yang dijangka siap pada April ini.
Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu Perdana Menteri berjanji akan berbincang dengan Abang Johari mengenai "generous donation" yang akan disumbangkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi membantu menyempurnakan projek pembinaan gereja itu.
Gereja baru dengan nilai keseluruhan berjumlah RM19.2 juta itu dibangunkan selepas gereja sedia ada tidak lagi dapat menampung jumlah jemaahnya yang semakin bertambah. -- Bernama
Topic Berkaitan
#hubungan negeri-Persekutuan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Tan Sri Adenan Satem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan