Selepas seminggu berkempen, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu depan.
Perdana Menteri berkata ia berdasarkan tinjauan beliau semasa singgah di beberapa negeri serta daripada taklimat pemimpin UMNO di setiap tempat yang dilawatinya sejak kempen PRU14 bermula selepas hari penamaan calon, Sabtu lalu.
Beliau berkata ini termasuk mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di Pulau PInang yang dilawatinya pagi ini.
"Selepas itu saya terbang ke Ipoh dan berkereta ke Sungai Siput, dalam dewan itu boleh dikatakan sesak dengan orang sehingga tak cukup kerusi untuk duduk, dan orang terpaksa berdiri, laluan jalan kaki pun penuh dengan penyokong dan saya diberitahu di sini kita ada peluang baik untuk rampas semula.
Insya-Allah kalau ini berlaku kita boleh menang besar dengan syarat semua kerusi yang kita ada, kita dapat pertahankan," katanya di majlis santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peramu Jaya, di sini, malam tadi.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali.
Najib, yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, berkata beliau begitu terangsang dengan perkembangan terbaru berkenaan.
"Tanggungjawab saya sebagai Pengerusi BN sudah tentu merentasi seluruh negara kita dari Perlis sampai ke Sabah, dan sudah tentu yang berlegar dalam kepala saya bukan sahaja keadaan di Pekan tetapi bagaimana kita boleh capai bilangan kerusi yang cukup untuk tubuh kerajaan yang kuat," katanya.
Najib berkata beliau juga tidak mengambil peduli berita-berita yang dimuatkan pembangkang di media sosial kerana kebanyakkan adalah berita palsu, menggambarkan kononnya mereka mempunyai penyokong yang kuat.
Dakwanya, salah satu taktik pembangkang adalah membawa pengundi dari luar untuk mendengar ceramah mereka.
"Saya difahamkan mereka bawa pengundi dari luar lepas itu ambil gambar dan dimuatkan dalam media sosial bahawa inilah kekuatan mereka, ini taktik mereka.
"Saya nak beritahu kita tak guna taktik itu, kita guna pengundi tempatan sahaja dari situ kita dapat lihat kekuatan kita, dan memang kita ada kekuatan tempatan," katanya.
Tambahnya, BN tidak perlu menggunakan permainan persepsi sedemikian untuk menipu atau memberi gambaran palsu kepada pengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 05 2018
PM NAJIB: Insya-Allah kalau ini berlaku kita boleh menang besar dengan syarat semua kerusi yang kita ada, kita dapat pertahankan. -Foto Bernama
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).