awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/02/2021
07:44 MYT
PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong
Ini masa terbaik dalam memberi sokongan kepada PN selain Larry (kiri) berharap lebih banyak pemimpin pembangkang lain melakukan perkara sama. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Keputusan meninggalkan PKR dan menyokong Perikatan Nasional (PN) adalah demi memenuhi aspirasi pengundi serta menunaikan janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berkata ini keputusan itu dibuat selepas melihat prestasi PN yang berada di landasan yang betul.
"Selepas berbincang dengan ahli kawasan serta penyokong saya, kami percaya ia keputusan baik demi Julau yang merupakan kawasan paling miskin dalam negara ini, seiring dengan aspirasi kerajaan hari ini.
"Jadi kita boleh memenuhi janji yang dibuat semasa PRU dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka," katanya dalam satu klip video.
Justeru, katanya ini merupakan masa terbaik dalam memberi sokongan kepada PN selain beliau turut berharap lebih banyak pemimpin pembangkang lain melakukan perkara sama.
Sng sebelum itu menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda sokongan kepada PN.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.
[TERKINI] Politik | PN di landasan tepat, keluar parti demi rakyat
Dalam reaksinya, Steven berkata sokongan kepada PN akan memudahkan beliau melakukan tugas demi pembangunan selain menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya.
"Jadi sebab itu saya berbincang dan saya dapat keyakinan dan pengesahan daripada kerajaan PN yang mana semua menteri akan memberi peluang dan masa untuk berjumpa dengan saya kalau saya ada isu rakyat dan mencari penyelesaian.
"Saya harap dengan pengesahan yang saya dapat dari Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, ia akan beri peluang kepada saya untuk bawa isu rakyat dan menyelesaikannya.
Hadir pada majlis itu adalah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#keluar parti
#PKR keluar parti
#Larry Sng
#steven choong
#ahli parlimen tebrau
#Ahli Parlimen Julau
#pilihan raya umum
#pilihan raya
#PRU
#PKR
#Azmin Ali
#Hamzah Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan