awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN nafi guna duit judi, sedia jadi pembangkang dan ambil alih kerajaan - Hamzah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
19/12/2022
08:23 MYT
PN nafi guna duit judi, sedia jadi pembangkang dan ambil alih kerajaan - Hamzah
Hamzah berbahas mengenai usul terhadap keabsahan perlantikan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) secara tegas menafikan tuduhan bahawa gabungan itu menerima dana politik daripada hasil perjudian ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengeluarkan tuduhan dan persepsi buruk terhadap Kerajaan sebelum ini.
Jelas Ahli Parlimen Larut itu, jika benar berlaku pelanggaran, siasatan perlu dijalankan terhadap mana-mana pihak.
"Yang Berhormat Tambun, anda sekarang adalah Perdana Menteri bukan lagi Ketua Pembangkang. Saya ialah Ketua Pembangkang sekarang.
"Jangan buat tuduhan semberono, no more fake news daripada anda. Ini harapan daripada rakyat, semua rakyat sedar PN mempunyai sokongan yang agak besar, 74 ahli parlimen yang diberikan kepercayaan dan sokongan.
"Jangan pula sokongan yang ikhlas dan jujur ini ditohmah sebagai sokongan yang dibeli dengan wang perjudian.
"Kenyataan seperti ini adalah berniat jahat apabila cuba memberikan gambaran dana politik PN adalah hasil sumbangan judi," katanya ketika membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkuasa penuh terhadap lesen perjudian, dan Anwar sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada beliau.
"Jangan timbulkan persepi yang bukan-bukan terhadap kami.
"Kami bersedia menjadi pembangkang yang berwibawa dan bersedia mengambil alih kerajaan apabila tiba masanya nanti," ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebelum ini mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hamzah Zainudin
#PN nafi duit judi
#keputusan PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan