KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi.
Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, mesyuarat penubuhan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra malam tadi, juga bersetuju melantik tiga naib pengerusi masing-masing daripada Bersatu, Pas dan Gerakan.
"Mereka ialah Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Jabar, Pengerusi Gerakan Pahang Ranndy Yap Kim Heng dan Timbalan Ketua Bersatu Pahang Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk Balok Makmur di Masjid Balok Makmur di sini hari ini.
Lantikan lain ialah Setiausaha Bersatu Pahang Mohd Arhan Mohd Saludin sebagai Setiausaha PN Pahang, dibantu oleh Setiausaha Perhubungan Pas Pahang Hassanuddin Salim sebagai penolong setiausaha, manakala Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Pahang Zakaria Abdul Hamid selaku setiausaha pengurusan.
Ketua Penerangan Pas Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Mohd Tarmizi Yahaya, dilantik sebagai Ketua Penerangan PN Pahang dibantu dua naib ketua iaitu Ketua Bersatu Bahagian Rompin Datuk Abdul Khalib Abdullah dan Bendahari Gerakan negeri Chan Chee How.
Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Salamiah Mohd Nor pula menjawat jawatan sebagai Ketua Wanita PN Pahang, manakala naib ketua ialah Faizah Baharom (Bersatu) dan Cheong Lai Chee (Gerakan).
Ketua Pemuda PN Pahang pula ialah Nurul Qamar Abdul Latib (Bersatu) dengan dua naib iaitu ADUN Tahan Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (Pas) dan Goh Tee Loong (Gerakan).
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, mesyuarat penubuhan PN juga bersetuju melantik dua wakil daripada setiap parti sebagai ahli jawatankuasa dengan Bersatu diwakili Ketua Bahagian Cameron Highlands Dr Abdul Rasid Mohamed Ali dan Pemangku Ketua Bahagian Lipis Datuk Mohamad Shahrum Osman.
Pas pula diwakili oleh ADUN Beserah Andansura Rabu dan Md Jusoh Darus manakala Datuk B.Sri Chandra dan Yee Liu Wei mewakili Gerakan selaku AJK PN Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
PN Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi. - Foto: Facebook Perikatan Nasional Pahang
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PN Pahang umum 18 portfolio tumpuan untuk bayangi, pantau peranan Exco
Perikatan Nasional (PN) Pahang hari ini mengumumkan 18 portfolio tumpuan yang akan dibarisi oleh semua 17 wakil rakyatnya.
PRU15: PN yakin sasaran menang 16 DUN Pahang boleh dicapai
Saifuddin berkata sokongan di kawasan FELDA juga semakin menggalakkan berdasarkan laporan diterimanya sepanjang tempoh kempen.
PRU15: Manifesto PN Pahang sedia 12 tawaran
Manifesto Perikatan Nasional (PN) Pahang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyediakan 12 tawaran, dengan sebahagian besarnya merujuk keperluan ekonomi rakyat negeri tersebut.
Selesaikan segera pembahagian kerusi PN Pahang - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang diselesaikan segera.
PN hasrat tandingi semua 14 kerusi Parlimen, 42 DUN di Pahang - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) berhasrat untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN Pahang dilancar, Saifuddin Abdullah pengerusi
Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi.
Perikatan Nasional Pahang rasmi ditubuh 26 Mac ini - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang akan ditubuhkan pada 26 Mac ini, jelas Saifuddin Abdullah.