awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN Perak kenal pasti kerusi berpotensi ditandingi pada PRU15

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/04/2021
10:07 MYT
PN Perak kenal pasti kerusi berpotensi ditandingi pada PRU15
Mereka juga berharap, semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan.
IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak telah mengenalpasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, berkata, mereka juga akan membentuk satu jawatankuasa manifesto bagi PN Perak.
“Tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan kepentingan agama Islam, bangsa dan negara,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.
Mereka turut menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh barisan Kabinet beliau.
“Kami juga akan terus mendokong kerajaan negeri Perak, tidak terlalu berpolitik dan akan menitikberatkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19,” ujar mereka.
Mereka juga berharap, semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama sekali ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan.
Pada masa sama, mereka akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa bersama dalam persiapan menghadapi pilihan raya.
Topic Berkaitan
#PN Perak
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#Bersatu
#politik
#PRU15
#pilihan raya umum
#Ketua Bersatu Perak
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan