KUALA LUMPUR:Pas Selangor sedia memberi komitmen penuh bagi mempertahankan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, susulan pembentukan Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Selangor yang diumumkan semalam.
Namun, Pesuruhjayanya Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menegaskan, bagi mewujudkan satu permuafakatan yang padu, pihaknya mahu semua keputusan berkaitan lantikan di peringkat negeri dilakukan dengan persetujuan semua parti komponen.
"Pas Negeri Selangor mengharapkan agar semua keputusan berkaitan lantikan parti di peringkat Negeri dan kemudiannya nanti di peringkat Parlimen dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat dengan persetujuan bersama bagi mencerminkan permuafakatan yang padu.
“Setiap jawatan di peringkat negeri, selain Pengerusi dan Naib-naib Pengerusi PN Negeri, sewajarnya diputuskan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor dengan mengambil kira kekuatan dan kemampuan serta pengaruh masing-masing parti di bawah PN Negeri.
“Ini bagi membentuk sebuah pasukan yang benar-benar berkemampuan dan mempunyai keupayaan mempengaruhi akar umbi khasnya rakyat Negeri Selangor,” katanya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Yunus berkata, dengan semangat musyawarah, hormat-menghormati dan tolak-ansur antara parti-parti, ia dapat menjamin hubungan kerjasama politik yang mantap dan berkesan, khasnya dalam usaha menawan Selangor yang kini dikuasai Pakatan Harapan.
"Pas Selangor bersedia memberikan penglibatan dan kerjasama penuh bagi menjayakan agenda PN di negeri ini dan mengekalkan kerajaan PN dengan semangat perpaduan ummah," tambahnya.
Semalam, Pengerusi BPN PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pembentukan struktur organisasinya untuk menjana kekuatan baharu dan memperkukuhkan keyakinan rakyat.
Menurutnya, PN Selangor komited menggembleng kekuatan setiap parti komponennya untuk mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya di negeri berkenaan.
BACA: Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional
Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pembentukan BPN PN Selangor telah dibincang bersama Ahmad Yunus dan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari pada 5 Feb lalu.
Struktur organisasi BPN PN Selangor turut menyaksikan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik Pengarah Pilihan Raya, selain ADUN Gombak Setia Muhammad Hilman Idham (Bersatu) sebagai Setiausaha dan Shukor Mustafa (Bersatu) sebagai Ketua Penerangan.
Bagaimanapun, pemerhati menjangkakan akan ada lantikan tambahan susulan pengumuman kemasukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke dalam gabungan parti itu oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Awal bulan lalu, Setiausaha Agungnya Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional (MN) di samping mempertahankan kerajaan PN.
Katanya, Pas tidak mahu terlibat, mahu pun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan, sekali gus mengundang ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat.
Firdaus Azil
Fri Feb 12 2021
Ahmad Yunus berkata, dengan semangat musyawarah, hormat-menghormati dan tolak-ansur antara parti-parti, ia dapat menjamin hubungan kerjasama politik yang mantap dan berkesan. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
MUDA tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.