awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kawal laluan pintu masuk Istana Negeri

Bernama
Bernama
29/07/2020
15:39 MYT
Polis kawal laluan pintu masuk Istana Negeri
Musa Aman bersama dengan beberapa orang penyokong beliau di sidang media di Kota Kinabalu pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Polis mula mengadakan sekatan dan kawalan laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di sini malam ini susulan perkembangan politik semasa di negeri ini.
Pemerhatian Bernama mendapati suasana di pintu masuk istana juga dalam keadaan terkawal dan pengamal media sudah mula berkumpul di situ.
Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.
Musa dijangka menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di istana tersebut malam ini tetapi tiada pengesahan mengenai perkara itu setakat ini.
Semasa sidang akhbar terdahulu, Musa berkata beliau akan menyerahkan surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengesahkan pendirian mereka untuk menyokong gabungan baharu yang diketuainya, kepada Tun Juhar.
BACA: Sabah berdepan pilihan raya mengejut?
Musa merupakan ADUN Sungai Sibuga dan penyandang kerusi tunggal UMNO di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#Musa Aman
#pilihan raya mengejut
#Politik Sabah
#snap election
#Sungai Sibuga
#Tun Juhar Mahiruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan