Skip to main content

Politik

Politik Sabah: Hajiji menghadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu

41673080758_TBHAJIJI.jpg
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 4.22 petang.

Sesi menghadap itu dipercayai bagi merungkai situasi politik semasa negeri tersebut.

Semalam, kerajaan negeri yang dipimpin GRS dan Barisan Nasional goyah apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

Hal ini susulan BN hilang kepercayaan kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

Advertisement

Must Watch Video