awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poster Mat Sabu dakwa makan nasi banyak punca gemuk palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
01/10/2023
07:20 MYT
Poster Mat Sabu dakwa makan nasi banyak punca gemuk palsu
Poster palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan poster tular yang memetik Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkaitan pembelian beras serta kegemukan adalah satu fitnah dan tidak betul.
Sehubungan itu, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak SKMM telah dilaporkan berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya.
"Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, poster yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad.
"Beli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak, boleh menggemukkan badan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#poster Mat Sabu
#berita palsu
#fitnah
#makan banyak punca gemuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan