SHAH ALAM : Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng Wei Shien mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zuraida Kamaruddin di atas sumbangannya terhadap parti itu, termasuk membantu mempromosikannya.
Ucapannya itu dilakukan setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Ampang berkenaan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS), bahawa beliau adalah presiden PBM yang sah.
“Dalam politik, kadang-kadang anda menang dan kalah. Ia tidak bermakna bahawa bila kalah, itu menjadikan anda seorang yang jahat.
“Dengan dia pergi bersama-sama dengan penyokongnya daripada barisan kepimpinan termasuk orang-orang seperti bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dr Xavier Jayakumar, Datuk Seri Dr Edmund Santa, Datuk Mohamaddin Ketapi, Paul Yong, Haniza Talha, Dr Daroyah Alwi, A Sivasubramaniam dan Leong Cheok Keng), saya percaya PBM sedang berjalan dengan pijakan yang baik pada batu tulis yang bersih,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa telah menolak permohonan Zuraida untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Hakim Amarjeet Singh berkata, mahkamah tidak boleh menyiasat hal ehwal parti politik di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 dan terikat dengan duluan yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.
Tambah Larry, keputusan itu bermakna PBM kini hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen buat masa ini.
“Pada tahun 2004, PKR (Parti Keadilan Rakyat) juga hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen dan hari ini mereka adalah kerajaan.
“Saya percaya PBM akan terus memberi impak dalam landskap politik Malaysia dan saya mengalu-alukan keputusan mahkamah hari ini,” jelasnya.
Pada 24 Mac lalu, Zuraida telah memfailkan permohonan semakan penghakiman melalui Tetuan Ashmeer Ashrof dengan menamakan RoS sebagai responden tunggal.
Bekas menteri itu meminta beberapa deklarasi, termasuk keputusan RoS untuk mengekalkan Larry sebagai presiden parti adalah tidak sah dan tidak munasabah.
Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa RoS mengiktiraf dan mendaftarkannya sebagai Presiden PBM berkuat kuasa 7 Oktpber tahun lepas.
Pada Disember lalu, Zuraida dipecat oleh PBM bersama 10 pemimpin parti lain selepas mereka gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan berikutan penggantungan mereka daripada parti pada Oktober. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023
Larry mengucapkan terima kasih kepada Zuraida di atas sumbangannya terhadap parti itu. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Presiden PBM, Larry ucap terima kasih pada Zuraida
Larry Sng Wei Shien mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zuraida Kamaruddin di atas sumbangannya terhadap parti itu, termasuk membantu mempromosikannya.
Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
PBM pecat Zuraida, 10 pemimpin lain
Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat 11 pemimpinnya termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin yang dicanangkan sebagai bakal presiden parti itu.
Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan
Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.
PRU15: Zuraida giat kempen walaupun yakin mampu pertahan Ampang
Datuk Zuraida Kamaruddin tetap memperhebat aktiviti kempennya kerana kali ini beliau tampil dengan logo baharu sebagai calon Parti Bangsa Malaysia (PBM).
PRU15: PBM tanding tujuh Parlimen, dua DUN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan senarai penuh bakal calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Isu PBM dianggap selesai, Larry Sng akan tandatangani watikah calon
Isu pentadbiran Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah diselesaikan dalam kunjungan Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Larry Sng ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan, RoS, Putrajaya pada pagi tadi.
PRU15: PBM umum bertanding solo, tak boleh penuhi syarat BN - Zuraida
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15.