POLITICS
PRK Ayer Kuning: Jentera BN diingatkan tidak pandang rendah saingan lawan

Mohamad Hasan (dua, kanan) beramah mesra bersama Duta-Duta Besar Negara Luar Ke Malaysia pada Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar di Rantau, hari ini. - Foto Bernama
REMBAU: Barisan Nasional (BN) mengingatkan jentera parti berkenaan supaya tidak memandang rendah keupayaan calon parti lawan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ringkasan AI
- BN mengingatkan jentera parti supaya tidak memandang rendah keupayaan calon lawan dan bekerja keras untuk menyantuni pengundi di PRK DUN Ayer Kuning.
- PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan antara calon BN, PN, dan PSM, dengan pengundian pada 26 April.
- Mohamad Hasan memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada hari penamaan calon PRK Ayer Kuning disebabkan penganjuran rumah terbuka.
Dalam pada itu, Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat bersama kepimpinan parti pada hari penamaan calon PRK Ayer Kuning hari ini susulan penganjuran rumah terbuka berkenaan.
PRK DUN itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan pengundian awal pada 22 April.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami