PRK DUN Slim: Tiga calon tiba di pusat penamaan

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjong, di sini pada pukul 8.56 pagi.

Tiga calon PRK DUN Slim tiba di pusat penamaan calon. -Astro AWANI | Astro Awani
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjong, di sini, pada pukul 8.56 pagi.

Mohd Zaidi yang merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dijangka ditentang calon Bebas dalam PRK kali ke-12 itu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohd Zaidi yang merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim.
Mohd Zaidi tiba ditemani seorang penyokong dan pencadang calon sebelum memasuki dewan utama bagi proses penghantaran borang calon.

Proses penamaan calon dijadual bermula pada jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Beberapa minit selepas itu, calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pula tiba di pusat penamaan pada pukul 8.58 pagi.

calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, pula tiba di pusat penamaan pada pukul 8.58 pagi.
Sebelum itu, seorang lagi calon bebas, Prof S.Sentharasekara turut dilihat hadir bagi menghantar borang pencalonan pada pukul 8.54 pagi.

Seorang lagi calon bebas, Prof S.Sentharasekara turut dilihat hadir bagi menghantar borang pencalonan pada pukul 8.54 pagi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Seramai 23,094 pengundi layak mengundi. Daripada jumlah itu, 22,815 ialah pengundi biasa, 277 pengundi awal polis dan dua pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.