MUAR: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram supaya bijak membuat pilihan, kerana memilih wakil rakyat tidak semudah mengundi juara program realiti televisyen seperti "Akademi Fantasia".
Beliau berkata pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan perlu sedar bahawa pemilihan wakil rakyat yang betul, terutamanya yang bersama-sama dalam kerajaan yang memerintah negeri dan negara, adalah amat penting dalam memastikan suara mereka dapat dibawa dengan lebih efektif.
"Jadi, jangan salah pilih calon kerana tiada gunanya jika tidak bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ini calon parti Kerajaan Perpaduan, parti yang mengurus negara ini, kerajaan yang mewakili suara rakyat Malaysia. Kalau salah pilih besok jangan salahkan sesiapa dan akibatnya kita yang tanggung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan pada program ramah mesra bersama pengundi Simpang Jeram di Taman Seri Jeram di sini hari ini, bersama-sama calon Pakatan Harapan (PH) kawasan itu Nazri Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kegagalan untuk menobatkan calon Kerajaan Perpaduan pada PRK ini bakal memberi ruang kepada pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan yang selama ini dibawa Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata hal ini kerana wujudnya gabungan Barisan Nasional (BN) dan PH selama ini bukanlah secara suka-suka, melainkan tercetus daripada satu cita-cita besar untuk mewujudkan kestabilan politik negara.
"Masing-masing letakkan perbezaan di belakang, masing-masing melihat apa negara perlukan pada masa hadapan, jadi undi calon PH-BN ialah mengundi masa hadapan, mengundi untuk kestabilan negara.
"Setelah pengorbanan dibuat oleh semua 16 parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk Sabah dan Sarawak, pengorbanan besar ini tidak boleh disia-siakan kerana ia merupakan satu sejarah penting untuk negara," katanya.
Beliau berkata dalam perjuangan politik, tidak ada kawan dan musuh selamanya kerana yang kekal ialah prinsip yang diperjuangkan oleh sesebuah parti.
"Prinsip terbesar untuk negara untuk rakyat, untuk kestabilan, untuk masa depan, itulah prinsip yang menemukan kami (PH) dengan BN," katanya.
PRK di Simpang Jeram dan Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), BN-PH dan Bebas, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Mohamad Hasan berkata pemilihan wakil rakyat yang betul adalah amat penting dalam memastikan suara mereka dapat dibawa dengan lebih efektif. - Gambar fail/BERNAMA

Mayat wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air
Penduduk sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran gempar apabila mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa dekat sini pada Ahad.

47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.

DUN Pahang lulus usul bantah kekejaman, kezaliman Israel terhadap Palestin
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
Pahang sekali lagi kutip hasil lebih RM1 bilion
Kerajaan negeri Pahang sekali lagi berjaya mencapai sasaran satu bilion ringgit kutipan hasil negeri bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.
Bank Malaysia akan hasilakan prestasi operasi berdaya tahan pada 2024
Institusi perbankan Malaysia akan mengatasi ketidaktentuan luaran untuk menghasilkan prestasi operasi yang berdaya tahan pada 2024.
87,282 perniagaan dari seluruh negara didaftar menerusi SPPP
Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
COP28: Naikkan harga karbon untuk dekarbonisasi - IMF
Pengarah Urusan IMF mencadangkan harga karbon untuk dinaikkan bagi menggalakan insentif usaha mengurangkan kesan pelepasan gas rumah kaca.
KWAP rancang ambil alih dua aset Centurion Corporation Limited
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Pantau Agenda Reformasi: Setahun berlalu: Isu alam sekitar, perubahan iklim diberi tumpuan sewajarnya?
Setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, adakah isu seperti alam sekitar dan perubahan iklim menjadi tumpuan utama dalam dasar dan polisi kerajaan, mahupun perbahasan di Dewan Rakyat?

GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.

PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.

PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.

PRK: Salmah mengundi kali ke-14 di Simpang Jeram meskipun berkerusi roda
Salmah merupakan warga emas yang pertama hadir dan antara 10 pengundi terawal di pusat pengundian tersebut.

Suasana pusat mengundi di DUN Simpang Jeram meriah, orang muda beratur awal pagi
Seawal jam 7.30 pagi orang ramai sudah mula beratur sementara menunggu pusat mengundi dibuka secara rasmi tepat jam 8 pagi.

PM Anwar ucap selamat mengundi kepada warga Pulai dan Simpang Jeram
Perdana Menteri turut mengingatkan pengundi di Pulai dan Simpang Jeram untuk mengekalkan gelombang perpaduan di Pulai dan Simpang Jeram.

PRK: 4,000 pegawai, anggota polis bertugas pastikan kelancaran mengundi esok
Sebanyak 4,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok.

PRK: Jangan pilih wakil rakyat macam pilih 'juara AF' - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata pemilihan wakil rakyat yang betul adalah amat penting dalam memastikan suara mereka dapat dibawa dengan lebih efektif.

PRK: Kemenangan PH indikator penting untuk Kerajaan Perpaduan - Penganalisis
Hanya berbaki kurang 48 jam bagi calon-calon yang bertanding kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram untuk meyakinkan pengundi dengan tawaran mereka.

PRK Pulai: Sakit tulang belakang tak halang jadi pengundi pertama
Sarjan Mejar Harudin Md Sari tetap bersemangat menjadi pengundi pertama walaupun menghadapi masalah sakit tulang belakang sejak 2014.