awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penuntut universiti didakwa mabuk, rempuh palang keselamatan pintu Istana Negara
Kerajaan puji mekanisme aduan profesional Majlis Media Malaysia - Fahmi
Kebakaran hutan terburuk dalam sedekad, 132,000 hektar musnah di Afrika Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan, Lamag: Calon BN harap semua pengundi keluar tunaikan tanggungjawab

Bernama
Bernama
23/01/2026
07:14 MYT
PRK Kinabatangan, Lamag: Calon BN harap semua pengundi keluar tunaikan tanggungjawab
Calon BN bagi DUN Lamag Mohd Ismail Ayob (dua, kanan) bersama calon BN Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar hadir pada program Sembang Santai Belia TVET Pusat GiatMARA Kinabatangan pada Jumaat. - fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar dan Mohd Ismail Ayob bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, berharap semua pengundi yang layak supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka, esok.
Kedua-dua calon itu menyatakan bahawa pemilihan wakil rakyat di dua kawasan berkenaan amat penting bagi memastikan suara rakyat dapat diwakili.
"Saya harap semua pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka," kata Mohd Kurniawan Naim selepas menyantuni pelatih GiatMara Kinabatangan di sini hari ini, dan turut dihadiri Mohd Ismail.
Kempen PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag telah memasuki hari terakhir hari ini dan akan tamat pada 11.59 malam.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik pada esok pagi, manakala ribut petir dijangka melanda pada petang dan hujan sebelah malam.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#PRK Kinabatangan
#PRK Lamag
#Mohd Kurniawan Naim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan