MUAR: Calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman berkata beliau akan meneruskan perancangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk penduduk Simpang Jeram sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di situ.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri berkata ia bagi memastikan perancangan untuk memelihara kebajikan dan meningkatkan sosioekonomi penduduk kawasan berkenaan dapat diteruskan.
"Jika ditakdirkan saya memenangi kerusi di sini pada 9 Sept nanti, saya akan teruskan perancangan yang direncanakan oleh arwah (Datuk Seri Salahuddin Ayub) ketika era beliau. Selain itu, ada juga yang akan ditambah baik semata-mata untuk kesejahteraan penduduk di sini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, Nazri turut berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi Amanah serta gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat.
Nazri, 56, yang juga seorang jurutera merupakan graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan kini bertugas di Majlis Perbandaran Muar (MPM).
Awal hari ini, Presiden Amanah mengumumkan Nazri sebagai calon PH untuk kerusi DUN Simpang Jeram manakala Suhaizan Kaiat, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor sebagai calon PH untuk Parlimen Pulai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri berkata ia bagi memastikan perancangan untuk memelihara kebajikan dan meningkatkan sosioekonomi penduduk kawasan berkenaan dapat diteruskan.- Foto BERNAMA
WUF12 berakhir dengan komitmen untuk tingkatkan kelestarian bandar global
World Urban Forum ke-12 yang berakhir Jumaat lepas menandakan satu pencapaian penting usaha global untuk mencapai perbandaran mampan dan inklusif.
Pusat hiburan tawar khidmat GRO berbaju tidur di Jalan Pudu diserbu
Sebuah pusat hiburan disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan warga asing berbaju tidur seksi terbongkar dalam serbuan di Jalan Pudu, di sini tengah malam tadi.
Penghantar tumbuhan ditahan seludup lebih 1,000 anak pokok dari negara jiran
Hasil pemeriksaan menemukan 700 anak pokok bidara, 298 pokok longan, 200 pokok jambu muda dan 98 pokok jenis Buchida Batik dipercayai dibawa tanpa dokumen yang sah.
Raub dilanda banjir
Hujan berterusan sejak 11 malam tadi, menyebabkan dua kampung di daerah itu iaitu Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan.
Fadillah akan kemuka cadangan jadikan Deepavali cuti umum di Sarawak
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Sarawak supaya perayaan Deepavali diwarta sebagai cuti umum.
Faktor luaran dijangka tingkatkan FBM KLCI minggu depan
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus mencatatkan aliran meningkat minggu depan, meneruskan momentum positif yang dilihat pada minggu ini.
Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan perbezaan kadar faedah dilihat memihak kepada ringgit.
PM Anwar tiba di Mesir untuk lawatan rasmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim Tiba di Kaherah hari ini, untuk lawatan rasmi bagi merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.
[TERKINI] Wisma Putra pantau letupan di Pakistan
Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi insiden letupan bom di stesen keretapi di Quetta, Pakistan, yang berlaku pada Sabtu lalu.
Menurut kenyataan kementerian, mereka kini menilai situasi terkini dan mengumpul maklumat lanjut di lokasi kejadian.
Menurut kenyataan kementerian, mereka kini menilai situasi terkini dan mengumpul maklumat lanjut di lokasi kejadian.
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.