awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN

Bernama
Bernama
24/09/2023
08:54 MYT
PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Dr Akmal menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam (gambar) sebagai calon BN bagi PRK Pelangai. - Gambar fail/Bernama
BENTONG: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes dalam kalangan ahli sayap parti itu terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Beliau berkata Pemuda UMNO Pahang dan Bentong taat serta menghormati kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dalam menentukan strategi terbaik bagi memenangi pilihan raya itu.
"Tidak ada langsung protes daripada Pemuda UMNO...tidak ada isu pun untuk kita protes calon," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan bekas ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Haslihelmy DM Zulhasli, yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRK DUN Pelangai, sebagai tanda protes terhadap keputusan BN mengetengahkan Amizar sebagai calon.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keahlian Haslihelmy sebagai ahli Pemuda UMNO Bahagian Bentong gugur secara automatik selepas bertanding sebagai calon Bebas.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) dan Haslihelmy yang menggunakan simbol kereta.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Okt ini manakala 3 Okt sebagai tarikh pengundian awal.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#Muhamad Akmal Saleh
#Pemuda UMNO
#protes
#Calon BN
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan