awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sg Bakap: Kesepakatan BN, PH pastikan jentera parti berjalan dengan baik

Bernama
Bernama
23/06/2024
14:16 MYT
PRK Sg Bakap: Kesepakatan BN, PH pastikan jentera parti berjalan dengan baik
Shamsul Anuar berkata gabungan itu telah melalui PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor dan segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki bagi meraih sokongan rakyat. - Gambar fail/Bernama
ARAU: Kesepakatan dan kesepaduan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) membolehkan jentera parti bergerak dengan baik dalam membantu memastikan kemenangan calon gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata gabungan itu telah melalui PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor dan segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki bagi meraih sokongan rakyat.
"Bila jentera parti berjalan baik, strategi dapat dilakukan dengan terbaik seterusnya memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pilihan terbaik untuk kestabilan di Pulau Pinang (adalah) di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Arau di sini hari ini.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 6 Julai manakala pengundian awal pada 2 Julai.
Shamsul Anuar, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, berkata kepimpinan UMNO di Perlis memiliki keupayaan merangka strategi baharu bagi membolehkan parti itu bangkit semula seterusnya merampas negeri berkenaan daripada PN pada Pilihan Raya Umum ke-16.
"Dengan strategi dan pendekatan yang akan dilakukan oleh parti, saya percaya apa yang dihadapi oleh UMNO di Perlis adalah satu petanda kepada UMNO untuk melakukan perubahan mencari pendekatan baharu menarik sokongan masyarakat Melayu di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#UMNO
#Pakatan Harapan
#pengundian awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan