awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Ahli BN perlu rasa diri 'underdog' - Ismail Sabri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/07/2023
10:43 MYT
PRN: Ahli BN perlu rasa diri 'underdog' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, andai semua jentera bekerja keras, gabungan BN-Pakatan Harapan (PH) itu boleh mencapai kemenangan. - Gambar fail
KUALA PILAH: Ahli Barisan Nasional (BN) perlu menganggap calon parti itu sebagai 'underdog' dan terus bekerja keras untuk memenangkan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, andai semua jentera bekerja keras, gabungan BN-Pakatan Harapan (PH) itu boleh mencapai kemenangan.
Tegasnya, sifat terlampau yakin perlu dielak kerana sejarah menunjukkan mereka kalah disebabkan berperasan sedemikian, sehingga tidak turun berkempen di sesetengah kawasan.
"Kadang-kadang kalau kita terlampau yakin, itu yang ada keadaan di mana mungkin ada 10 orang pengundi yang patut kita pergi.
"Tapi kita rasa kita dah menang, 10 pengundi itu kononnya tak menjejaskan keputusan.
"Ini pernah berlaku di Parlimen Pekan kalau tak silap saya. Ada satu perkampungan Orang Asli ada lima pengundi.
"Kita kata, takkanlah lima pengundi boleh buat kita kalah… tetapi akhirnya kita kalah dengan lima undi," katanya.
Tegasnya, disebabkan itu beliau mahu jentera parti sentiasa menganggap mereka bukan pilihan supaya sentiasa bekerja keras.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sepetang Bersama Calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman di Kuala Pilah pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berharap kerjasama jentera BN-PH akan diteruskan sehingga selesai pilihan raya.
"Saya hanya nampak dari segi bendera, bila jelajah mesra tadi ada PH, BN tetapi hari ini baru hari kedua berkempen.
"Kita harap kerjasama yang ada ini diteruskan sehingga akhir pilihan raya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Negeri Sembilan
#ismail sabri yaakob
#terlalu yakin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan