awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat

Bernama
Bernama
12/08/2023
15:25 MYT
PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Menerusi saingan empat penjuru, Ahli Parlimen Port Dickson itu menang dengan majoriti 2,662 undi.
Aminuddin memperoleh 12,730 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Raihan Muhamad Hilal yang mendapat 10,068 undi serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu (83 undi) dan Mohammed Hafiz Baharudin (339 undi).
Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Saiful Saadon di Dewan Komuniti Coral Heights, Sikamat.
Aminuddin yang juga Menteri Besar itu merupakan penyandang kerusi DUN Sikamat sejak 2008.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Aminuddin menang dengan majoriti 3,413 undi menewaskan Syamsul Amri Ismail (BN), Rahim Yusof daripada PAS dan Bujang Abu, calon Bebas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#PRN Negeri Sembilan
#DUN Sikamat
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan