awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: DAP tidak pernah halang peruntukan untuk Islam, Melayu - Anwar

Bernama
Bernama
01/08/2023
23:00 MYT
PRN: DAP tidak pernah halang peruntukan untuk Islam, Melayu - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas naratif dimainkan pihak tertentu bahawa parti DAP menjadi punca permasalahan dalam kalangan orang Melayu. - Gambar BERNAMA
BANTING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas naratif dimainkan pihak tertentu bahawa parti DAP menjadi punca permasalahan dalam kalangan orang Melayu.
Anwar berkata, sepanjang lapan bulan beliau memimpin Kerajaan Perpaduan, jemaah menteri dari DAP tidak pernah membantah sebarang peruntukan yang diberikan untuk agama Islam dan kaum Melayu.
"DAP dan Anthony Loke dalam Kabinet sekarang tidak ada masalah, tambah peruntukan untuk Islam dia tak melawan, selesaikan berbilion ringgit hutang Felda dia tak melawan, peruntukan RM3 bilion untuk pesawah padi yang miskin dia tak lawan.
"Orang Melayu bermasalah bukan disebabkan kaum Cina, bukan sebab DAP, jangan temberang," katanya ketika memberi ucapan di program Ramah Mesra Bersama Rakyat Jelajah MADANI di Kampung Sawah, di sini malam ini.
Sebaliknya, Anwar berkata pemimpin Melayu terdahulu yang bersifat tamak haloba, menjadi punca pelbagai masalah termasuk keadaan negara yang menanggung hutang tinggi ketika ini.
"Masalah doktor kontrak, bertahun-tahun ugut mogok, tetapi bila kita pegang (menjadi kerajaan) dua ke empat bulan, kita boleh selesai," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga memberikan peruntukan segera untuk membaiki rumah tentera dan polis, yang sebelum ini berada dalam keadaan sangat teruk dan terbiar sekian lama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#DAP
#PM Anwar Ibrahim
#Melayu dan DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan