Skip to main content

Politik

PRN Johor: Amanah pertaruh lebih ramai calon muka baharu, orang muda

JOHOR BAHRU, 19 Jun -- Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) hadir pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya AMANAH Johor (Zon Selatan) malam ini.  Turut hadir Pengerusi Parti AMANAH Johor Aminolhuda Hassan (empat, kiri).  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) hadir pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya AMANAH Johor (Zon Selatan) malam ini. - Foto BERNAMA
Advertisement

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mempertaruhkan lebih ramai calon muka baharu, termasuk dalam kalangan orang muda dan wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti itu, kira-kira enam atau tujuh calon adalah individu yang pernah bertanding sebelum ini.

“Bakinya adalah muka baharu dan daripada jumlah itu, separuh daripadanya terdiri daripada calon muda,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Zon Selatan di sini hari ini, yang turut dihadiri Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu.

Aminolhuda berkata parti itu telah menyenaraikan dua calon wanita setakat ini.

Beliau ketika mengulas mengenai kawasan yang ditandingi Amanah pada PRN Johor kali ini berkata ia merangkumi enam kerusi di bahagian utara, lima di bahagian tengah manakala baki di bahagian pantai timur dan selatan Johor.

Sementara itu, Mohamad berkata jentera parti kini siap sepenuhnya untuk menghadapi PRN berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement