awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN Muhyiddin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/03/2022
09:24 MYT
PRN Johor: Calon PN popular, Endau bukan lagi kubu kuat BN  Muhyiddin
Muhyiddin ditemui selepas menghadiri Program Dialog Pemuda di Dewan Tok Mior, Endau pada Khamis. - Foto Astro AWANI
MERSING: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kerusi bagi DUN Endau berhadapan saingan yang agak sengit dalan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, calon PN (Alwiyah Talib) sememangnya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sepanjang perkhidmatannya di kerusi berkenaan.
“Dari awal memang saya terima maklum balas, calon kita popular dan banyak usaha yang dibuat untuk bantu masyarakat.
“Saya percaya calon kita ada kelebihan sebab dah berkhidmat lama, masyarakat kenal dia walaupun poster tak banyak.
“Ini membuktikan kempen PN agak berkesan dan sokongan terhadap calon PN cukup menggalakkan walaupun ada persaingan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Dialog Pemuda di Dewan Tok Mior, Endau pada Khamis.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Ditanya mengenai keputusan parti untuk mengekalkan calon asal di kawasan itu, Muhyiddin menyatakan terdapat banyak perkara yang telah dibuktikan Alwiyah sehingga beliau digemari di kawasan itu.
“Dalam kalangan banyak pemimpin tempatan, calon ini bagus, dia buat kerja dan telah banyak bantu masyarakat.
“Jadi banyaklah sokongan dari pemimpin (PN) termasuk bekas pemimpin UMNO sendiri,” katanya lagi.
Muhyiddin dalam pada itu berpendapat, kerusi DUN Endau tidak lagi dianggap sebagai kubu kuat UMNO apabila calon PN yang berpengalaman ditempatkan di kawasan terbabit.
Malah beliau menyifatkan, UMNO telah mula retak dan pecah hasil sokongan yang menggalakkan terhadap PN.
Alwiyah sebelum ini memenangi kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu atas tiket BN sebelum memutuskan untuk menyertai Bersatu.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Muhyiddin Yassin
#dun endau
#Alwiyah Talib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan