awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: GLC lapor polis, dakwa MUDA ceroboh, guna aset inkubator usahawan

Bernama
Bernama
04/03/2022
08:42 MYT
PRN Johor: GLC lapor polis, dakwa MUDA ceroboh, guna aset inkubator usahawan
PIJ Holdings pada masa sama berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera dan secara harmoni. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
JOHOR BAHRU: PIJ Holdings Sdn Bhd menerusi subsidiarinya, PIJ Property Development Sdn Bhd membuat laporan polis terhadap Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berhubung dakwaan pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan di Taman Perbadanan Islam, Stulang Baru, di sini, tanpa kebenaran.
Menurut PIJ Holdings dalam kenyataan hari ini, premis itu dibangunkan untuk usahawan memulakan perniagaan mereka dan bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai pusat operasi mana-mana parti politik.
Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Johor itu berkata berdasarkan rekod terkini, premis berkenaan digunakan oleh seorang individu bagi tujuan perniagaan perabot jati dan individu terbabit juga tidak dibenarkan menyewakannya kepada mana-mana pihak.
"Kami kesal kerana bukan sahaja premis ini tidak dapat digunakan bagi tujuan keusahawanan, tetapi malah lebih mengecewakan apabila penggunaan aset ini adalah tanpa pengetahuan, persetujuan dan perjanjian antara pihak PIJ Property dan MUDA," katanya.
Sehubungan itu, PIJ Holdings meminta agar MUDA segera mengosongkan dan mengembalikan premis tersebut dalam keadaan asal dan baik bagi memastikan fungsi serta kemudahan premis tersebut dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh usahawan di sekitar Johor Bahru.
PIJ Holdings pada masa sama berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera dan secara harmoni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#muda
#GLC Johor
#salah guna aset
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan