awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Isu pengguguran Khairuddin tidak jejas persiapan Pas - Awang

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
12/02/2022
07:32 MYT
PRN Johor: Isu pengguguran Khairuddin tidak jejas persiapan Pas - Awang
Awang menjelaskan, parti itu telah melakukan persiapan awal termasuk strategi yang akan digunakan dalam berdepan PRN itu nanti namun menyatakan bahawa ianya tidak boleh didedahkan kepada umum. - Gambar fail
PENDANG: Isu membabitkan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang berkuatkuasa Khamis lalu, tidak menjejaskan persiapan parti itu dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, Mac depan. 
 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim menjelaskan, parti itu telah melakukan persiapan awal termasuk strategi yang akan digunakan dalam berdepan PRN itu nanti namun menyatakan bahawa ianya tidak boleh didedahkan kepada umum. 
 "(Isu pengguguran itu) tidak memberi kesan apa-apa (kepada persiapan Pas) dan apabila masuk PRN, PRU atau PRK, semua parti yang mahu masuk, sudah tentu bersedia, cuma bila kita sebut persediaan jadi (ia libatkan) strategi, apabila strategi kita maklum (akan) buat ini, buat itu, itu bukan (lagi satu) strategi, itu sudah tragedi. 

"(Sudah tentu) kita (Pas) ada strategi (yang akan digunakan dalam PRN Johor tetapi) tidak boleh 'mention here', sebab strategi kalau mention bukan strategi, Pas pun kata nak masuk (PRN), tentu ada calon (dari parti) Pas," katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER di Dewan Cenderawasih, Pendang pada Sabtu. 
 Terdahulu, Khairuddin sah digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkuat kuasa Khamis. 
 Pengguguran bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Rabu berikutan masalah disiplin. 
 Abdul Hadi juga turut menjelaskan bahawa Pas sudah mempunyai anggaran kerusi yang akan ditandingi menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti. 
 Menurut beliau, pihaknya bagaimanapun akan mendapatkan perincian lanjut daripada Pas Johor sebelum penilaian dilakukan.
Topic Berkaitan
#Mohd Khairuddin
#PRN Johor
#Awang Hashim
#PAS
#Johor Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan