awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA

PRN Johor: Letak calon muda sahaja tidak memadai - REFSA

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
24/01/2022
23:56 MYT
PRN Johor: Letak calon muda sahaja tidak memadai - REFSA
Ahmad Iskandar Fareez, berkata ia perlu diiringi dengan gagasan baharu yang sebati dengan jiwa anak muda. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Meletakkan calon muda semata-mata dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah tidak memadai dalam usaha menambat hati hampir 750,000 pengundi baharu termasuk antara berusia 18 hingga 20 tahun menerusi Undi18.
Pengarah Komunikasi Research for Social Advancement (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez, berkata ia perlu diiringi dengan gagasan baharu yang sebati dengan jiwa anak muda.
“Dengan mengetengahkan calon baru sahaja tidak cukup, perlu juga diiringi dengan gagasan atau idea yang baharu yang sebati dengan jiwa orang muda
“Kalau kita lihat, cabaran COVID-19 yang tiada penghujungnya, kita dapat lihat disebabkan pandemik itu, impaknya kepada ekonomi cukup besar sehinggakan anak-anak muda tiada peluang pekerjaan dan menjejaskan perniagaan mereka.
“Dan ini bukan perkara baharu, ketandusan peluang ekonomi ini juga telah berlangsung sejak prapandemik lagi.
“Yang mana kita dapat lihat anak-anak muda mencari rezeki sehingga terpaksa berhijrah ke Singapura dan Kuala Lumpur untuk mencari rezeki buat mereka dan keluarga.
“Jadi, keutamaan yang perlu diberikan oleh calon muda ini adalah idea untuk bangkit daripada COVID-19, sektor ekonomi dan bangkit dari bencana seperti banjir yang berlaku baru-baru ini,” ujarnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Cerita Sebalik Berita: Calon muda jadi 'game changer' di PRN Johor
Bagi pengundi muda yang bakal menunaikan tanggungjawab demokrasi buat kali pertama, Ahmad Iskandar menasihatkan mereka melakukan kajian sebelum memilih calon pemimpin.
Ini kerana jelasnya, dinamik politik ketika ini adalah berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-14 kerana parti politik kini mempunyai lebih daripada tiga gabungan, justeru memerlukan pemahaman lebih mendalam terhadap setiap pendirian politik.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#COVID-19
#pengundi muda
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.