JOHOR BAHRU: Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan 14 daripada 15 calon parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.
Menteri Pengangkutan itu berkata calon MCA terdiri daripada gandingan muka lama dan baharu.
"Kali ini kami cuba mencampurkan calon senior dan juga mereka yang lebih muda. Sembilan calon MCA kali ini adalah muka baharu manakala empat daripada mereka adalah wanita," katanya dalam Majlis Pengumuman Calon MCA di sini hari ini.
Calon MCA pada PRN Johor ialah See Ann Giap bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, Tan Chong (Bekok), Ong Chee Siang (Tangkak), Gan Qi Ru (Bentayan), Ling Tian Soon (Yong Peng) dan Ter Hwa Kwong (Penggaram).
Kelly Chye Pei Yee pula bertanding di DUN Mengkibol, Lee Ting Han (Paloh), Chan Shan Shan (Johor Jaya), Ang Boon Heng (Stulang), Tan Hiang Kee (Perling), Lim Soon Hai (Skudai), Shen Poh Kuan (Senai) dan Tan Eng Meng (Pekan Nenas).
Wee berkata calon parti itu bagi DUN Puteri Wangsa masih belum dimuktamad.
Beliau berkata MCA bersikap lebih inklusif dalam memilih calon yang bertanding dalam PRN Johor atas tiket Barisan Nasional.
Wee juga berkata MCA perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi PRN ini terutama dengan penyertaan parti baharu yang bertanding.
"Pada Pilihan Raya Umum lepas, MCA kalah di kesemua DUN di Johor. Ini bermakna kita perlu berusaha lebih untuk mendapat mandat baharu.
"Malaysia adalah sebuah negara dengan sistem demokrasi yang subur dan semua pihak berhak bertanding.
"Kami tidak gentar dan perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya ketika ditanya tentang keyakinan MCA pada pilihan raya itu.
Beliau juga berkata kesemua 15 calon MCA akan diperkenal pada satu majlis yang diadakan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan 14 daripada 15 calon parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan. - Foto Facebook/MCA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA
Ini kali kedua Perdana Menteri hadir majlis berkenaan sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.
Bilal 'terkejut' namun hormati keputusan MCA
Bekas jurulatih kriket lelaki negara, Bilal Asad menghormati keputusan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk tidak melanjutkan kontraknya.
PRK Kemaman: Sokongan masyarakat Cina terhadap BN meningkat - MCA
Perubahan itu dapat dirasai jenteranya ketika berkempen, yang memasuki hari kesebelas hari ini.
Konflik Palestin-Israel: Pemuda MCA harap resolusi gencatan senjata dicapai
Pemuda MCA berharap resolusi gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza dapat dicapai serta-merta demi keharmonian bersama.
MCA lulus lima resolusi pada Perhimpunan Agung Ke-70
Perhimpunan Agung MCA Ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan lima resolusi meliputi hal ehwal parti, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan.
Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.