KUALA LUMPUR : Berikut adalah kenyataan media oleh Timbalan Ketua Negeri, Pejuang Wilayah Persekutuan, Muhammad Rafique Rashid Ali, bertarikh 3 Februari 2022:
1. Sebaik sahaja ditandatangani watikah pembubaran Dewan Undang Negeri (DUN) Johor, mulai 22.01.2022 dalam jangkamasa 60 hari sebuah Pilihan Raya Negeri (PRN) mesti diadakan. Maka dari segi undang-undang pada atau sebelum 22.03.2022 akan ada sebuah Kerajaan negeri Johor yang dipilih Rakyat. Itulah demokrasi.
2. Sebagaimana demokrasi di tempat lain, pilihan raya adalah mandat Rakyat. Maka pengundi di Johor akan turun ke peti undi, di saluran-saluran undi dan melakukan pilihan masing-masing.
3. Menariknya kali ini, Rakyat Johor mendapat dua (2) kelebihan. Yang pertama pelaksanaan UNDI 18. Yang kedua pilihan parti-parti baru yang sah mewarnai arena politik tanah air.
4. Angka yang diterbitkan (perlu pengesahan rasmi SPR) adalah 749,731 orang muda sebagai pengundi baru/otomatik. Ini menyumbang hampir pertambahan 28 peratus pengundi baharu di Johor dan menjadikan jumlah pengundi biasa di Johor kepada 2.576 juta pengundi. Mereka mempunyai tugas memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.
5. Sekiranya penganalisa politik menghadapi kesukaran untuk membuat ramalan atau bacaan ‘voters preference’ bagi penambahan besar-besaran UNDI 18, maka dengan kehadiran Pejuang tugas mereka menjadi makin sukar. Kombinasi ampuh, pengundi baru yang tidak boleh diduga pilihan dan parti nasional Melayu yang lahir dari serpihan UMNO - Bersatu ditempa dari pengalaman langkah khianat Sheraton.
6. Ramai yang akan menyatakan Pejuang tiada bezanya dengan parti-parti lain. Ramai juga yang akan menunjuk kepada Pengerusi dan pimpinan tertinggi Pejuang dan mempersoal di mana perbezaannya. Ramai juga yang akan berseloroh menyatakan Pejuang hanya tangkap muat.
7. Namun, jika dikaji mendalam, ternyata Pejuang berada dalam kelas tersendiri. Benar ianya parti Melayu tetapi Pejuang tidak mirip parti Melayu lain. Parti lain mampu bercakap sahaja soal prinsip, maruah dan amanah tapi Pejuang lahir melalui amalan pimpinan utamanya yang mengotakan apa yang diungkapkan.
8. Peristiwa Sheraton dan pengkhianatan mandat Rakyat membabitkan pemimpin-pemimpin utama parti-parti melayu UMNO, Bersatu, Pas, ini semua parti dengan etos Melayu tetapi Rakyat dan prinsip diketepikan demi kerusi panas Putrajaya. Sebaliknya pula berlaku pada pimpinan utama Pejuang. Mereka lepaskan jawatan, kuasa dan kedudukan kerana tidak sanggup membelakangkan mandat Rakyat.
9. Di sinilah kita lihat bezanya Pejuang dengan parti-parti politik lain. Maruah dan pegangan pada cogankata ‘kekal berprinsip’ bukan dibibir sahaja tetapi melalui perbuatan. Kepimpinan Pejuang boleh saja memilih kekal memegang kuasa jika bersedia bersekongkol dengan pemain-pemain khianat Sheraton.
10. Malah jika dibandingkan dengan Pakatan Harapan (PH) juga, jelas Pejuang satu-satunya pembangkang yang wujud di Johor. Hasil MOU, PH tunduk layu tidak mampu melaksanakan tugas sebagai pembangkang hakiki. Dalam sistem ‘Westminster-style democracy’ tugas pembangkang adalah sebagai semak imbang kepada polisi-polisi kerajaan bukan ‘silent supporter’.
11. Bagi rakyat Johor, penambahan pemilih melalui, UNDI 18, dan wujudnya Pejuang membawa nafas politik baru. Pejuang walau parti Melayu telah dengan jelas menyatakan bahawa ianya adalah parti bagi seluruh rakyat Malaysia.
12. Pejuang ditubuhkan untuk menentang salah guna kuasa, korupsi, membangunkan negara dan kebahagiaan rakyat.
13. Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh itu sendiri bukti prinsip mengatasi kedudukan dan kuasa bila dia melepaskan jawatan untuk bersama Pejuang. Ini adalah nilai-nilai penting dalam politik: maruah, jati diri, setiakawan dan beramanah.
14. Mengapa tidak Pejuang ?
Kenyataan Media
Thu Feb 03 2022
Pejuang ditubuhkan untuk menentang salah guna kuasa, korupsi, membangunkan negara dan kebahagiaan rakyat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.
Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.