awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/03/2022
06:21 MYT
PRN Johor: "Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" -  Ayob Khan
Ditanya mengenai perjalanan pilihan raya menerusi pemerhatian beliau, Ayob Khan berkata, beliau gembira melihat proses berjalan lancar, susulan pelaksanaan SOP sewajarnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.
Namun, hadirnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu adalah untuk tujuan yang satu, melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di sini.
Ayob Khan yang tiba di Dewan Dato Onn, IPK Johor sekitar 9.30 pagi itu, memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak sempat menukar alamat kerana baharu saja pergi ke Bukit Aman, pada Januari tahun ini.
"Tempoh untuk tukar alamat ini tiga bulan, saya tidak sempat tukar. Sebab itu saya masih lagi di Johor. Lepas ini kita akan tukar,” katanya lagi.
SEMUA ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG PRN JOHOR
Ditanya mengenai perjalanan pilihan raya menerusi pemerhatian beliau, Ayob Khan berkata, beliau gembira melihat proses berjalan lancar, susulan pelaksanaan SOP sewajarnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Alhamdulillah, teratur, tersusun, dan lancar,” katanya lagi.
Ditanya sama ada beliau rindu mengenangkan zaman bertugas di selatan tanah air ini, Ayob Khan berkata, "eh. mestilah rindu Johor, takkan tak rindu Johor, dua tahun dekat sini."
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Ayob Khan
#Undi Awal PRN Johor
#Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan