Skip to main content

Politik

PRN Johor: MUDA pertaruh Rashifa Aljunied pertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU, 20 Jun -- Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz (kiri) mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Majlis Pengumuman Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz (kiri) mengumumkan Rashifa Aljunied, sebagai calon bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - Foto Bernama
Advertisement

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengumuman dibuat Presiden MUDA Amira Aisya Abdul Aziz, yang juga bekas penyandang kerusi berkenaan.

“Keputusan meletakkan Rashifa sebagai calon, dibuat selepas perbincangan mendalam bersama dengan kepimpinan tertinggi dan jentera parti,” katanya pada sidang media pengumuman calon parti itu bagi siri pertama hari ini.

Amira Aisya berkata keputusan beliau tidak mempertahankan kerusi itu adalah bagi bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Difahamkan, MUDA akan membuat siri kedua pengumuman calon bagi beberapa lagi kerusi di ibu negara, esok.

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Puteri Wangsa merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi MUDA.

Amira Aisya menang dalam persaingan enam penjuru di kerusi tersebut dengan majoriti 7,114 undi menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN) Ng Yew Aik.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement