awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: MUDA umum tiga lagi calon

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/02/2022
07:31 MYT
PRN Johor: MUDA umum tiga lagi calon
MUDA berkata pencalonan ketiga-tiga belia itu adalah selaras dengan usaha parti untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat.
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan tiga lagi calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Jumlah terbaharu itu menyaksikan setakat ini parti itu sudah mengumumkan tujuh calon yang akan bersaing dalam PRN yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini.
Tiga calon yang baharu diumumkan tersebut ialah R Sangaran yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Rasid Abu Bakar di DUN Larkin dan Fikri Musa di DUN Parit Raja.
Sangaran merupakan Timbalan Pengerusi MUDA Johor manakala Rasid adalah Ketua Penerangan MUDA Johor dan Fikri pula ialah Setiausaha Jawatankuasa MUDA Johor.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Menerusi satu kenyataan, MUDA berkata pencalonan ketiga-tiga belia itu adalah selaras dengan usaha parti untuk menampilkan pimpinan yang muda, aktif di dalam politik khidmat.
“Kita juga mahu pastikan MUDA sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Johor.
“MUDA merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan pimpinan Pembangkang yang sentiasa menyokong iltizam politik MUDA untuk negara.
“Fokus MUDA adalah untuk memastikan negeri Johor Bangkit sebagai sebuah negeri yang maju dan berjaya,” menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#muda
#Umum calon
#PRN Johor
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan