TANGKAK: Rakyat Johor khususnya mereka yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, perlu melihat rekod pencapaian pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewaktu negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata antara kejayaan luar biasa PN adalah mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah kerajaan terbaik dalam menjalankan usaha pemulihan COVID-19.
"Lihatlah rekod PN (walaupun) dalam tempoh begitu singkat, negara hadapi krisis kesihatan, krisis ekonomi namun kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN berjaya membawa negara keluar daripada krisis ini, malah diiktiraf masyarakat dunia yang mana Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei meletakkan Malaysia di tangga ke-13 berbanding 115 pada tahun sebelumnya.
"Ini adalah rekod yang tidak boleh dipadamkan. Data tidak menipu. Ini kebaikan untuk industri di Johor. Kenapa kita tidak boleh terima? Kalau tidak suka janganlah sampai nak dipadamkan kejayaan dan fakta-fakta itu. Kita perlu teruskan kejayaan ini dan saya serahkan kepada rakyat buat keputusan dalam PRN Johor," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Penyertaan Pejuang kerana tidak mahu kumpulan rasuah diberi kuasa - Tun M
Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama Industri Kecil Sederhana (IKS) dari kawasan Tangkak, Pagoh dan Muar di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan PN menghadapi PRN Johor memandangkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP masing-masing sudah mula mengumumkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya itu, selain Barisan Nasional (BN) telah melancarkan jentera di beberapa zon.
Pada 9 Jan lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19.
Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks itu menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan fizikal yang kurang ketat.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata sektor ekonomi tidak lagi akan ditutup menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mengambil kira kesan negatif terhadap ekonomi dan kadar pengangguran yang berlaku susulan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac 2020.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika ditanya jaminan kerajaan terhadap sektor ekonomi susulan Dr Noor Hisham mengumumkan kes baharu COVID-19 dalam negara semalam melebihi 10,000 iaitu 10,089 kes dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
AZMIN: "Ini adalah rekod yang tidak boleh dipadamkan. Data tidak menipu." - Gambar fail
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.