awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Pengundi usia pertengahan paling kurang keluar mengundi - Penyelidik

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
12/03/2022
08:52 MYT
PRN Johor: Pengundi usia pertengahan paling kurang keluar mengundi - Penyelidik
Halangan SOP terhadap golongan yang positif COVID-19 turut menyumbang kepada kadar peratusan mengundi. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengundi golongan pertengahan membabitkan umur antara 30 hingga 40 tahun mencatatkan peratusan paling rendah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.
Menurut Pengurus Penyelidik Kanan Merdeka Center, Tan Seng Keat, data semasa peratusan pengundian menunjukan saluran 1, 2 dan 3 selain saluran 7, 8 dan 9 berlaku peningkatan dari semasa ke semasa.
“ Yang tidak keluar mengundi itu adalah yang umur pertengahan. Kalau tengok data umur 30-an dan 40-an. “Adakah disebabkan oleh COVID-19 atau mereka kurang minat dalam PRN? Aau mereka memang ada kerja di luar dan tak sempat balik?” soal beliau dalam wawancara dengan Astro AWANI pada Sabtu.
Tambah Seng Keat lagi, kebimbangan terhadap ancaman jangkitan COVID-19 dilihat antara faktor kerisauan orang ramai untuk keluar mengundi hari ini.
Ini katanya, berdasarkan statistik jangkitan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang menunjukan kes aktif membabitkan negeri Johor ketika ini adalah tinggi.
“Kalau ikutkan laman web KKM ketika ini, kes aktif di Johor ketika ini sahaja berjumlah lebih 19,000 kes selain kes kuarantin rumah dalam 18,000. Jadi total lebih kurang 35,000 bagi mereka yang ada masalah untuk keluar mengundi,” jelas Seng Keat.
Dalam masa sama, beliau berkata, peruntukan undang-undang yang sedia ada ketika ini melarang golongan yang dijangkiti COVID-19 keluar mengundi juga turut menyebabkan peratusan undi menurun.
Kaedah tersebut berbeza dengan apa yang berlaku di luar negara seperti Korea Selatan yang baru sahaja selesai proses mengundi di mana mereka mempunyai sesi khas bagi pengundi yang didapati positif COVID-19.
Kata Seng Keat, kaedah itu lebih baik berbanding prosedur operasi standard (SOP) yang dipraktikkan oleh Malaysia ketika ini dilihat menghalang hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka yang layak menunaikan kewajipan tersebut.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#pengundi
#usia pertengahan
#Merdeka Center
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan