JOHOR BAHRU: PKR menganggap isu rundingan kerusi dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sudah selesai dan mahu fokus kepada usaha memenangkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor Syed Ibrahim Syed Noh bagaimanapun berharap MUDA bersifat terbuka dan menumpukan perhatian kepada enam kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN tersebut.
"Kita ada kerjasama, MUDA ada kerjasama dari segi kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) melalui DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara). Kita sebahagian daripada PH...jadi tak perlulah kata kalau kita tak boleh runding, maka kita akan langgar.
"Saya rasa itu sikap yang tidak betul...perlu ada sikap 'gentleman understanding'," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PKR Zon Tengah dan Zon Timur di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru, Pasir Gudang, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam bahawa rundingan rasmi antara kedua-dua parti tamat apabila PKR mengumumkan kesemua 20 calonnya.
BACA: PRN Johor: Lama-lama MUDA akan jadi liabiliti pada PH - Ketua Penerangan AMK
BACA: PRN Johor: Sikap angkuh MUDA tidak jauh beza dengan Pejuang pimpinan Mahathir - Farhash
BACA: PRN Johor: 'Biar rakyat Johor tentukan' - Komen Syed Saddiq jika pertindihan kerusi tidak dapat dielak
Syed Saddiq juga seperti membayangkan kemungkinan berlaku pertindihan kerusi susulan gagal mencapai kata sepakat dengan PKR.
PKR hari ini selesai mengumumkan kesemua 20 calon mereka untuk bertanding pada PRN tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN Johor pada 12 Mac dengan penamaan calon pada 26 Feb manakala 8 Mac ditetapkan untuk pengundian awal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Syed Ibrahim Syed Noh bagaimanapun berharap MUDA bersifat terbuka dan menumpukan perhatian kepada enam kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN tersebut. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR
Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.
Fahmi kenang perjalanan 25 tahun PKR
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
'Kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Permohonan masuk PKR ditangguh, pastikan tiada 'trojan horse' - Fahmi
Fahmi berkata beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai PKR namun setelah diteliti, permohonan terpaksa ditangguh.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).