awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: PKR tawar tiga kerusi kepada Muda

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
09/02/2022
14:25 MYT
PRN Johor: PKR tawar tiga kerusi kepada Muda
Syed Ibrahim berkata, tawaran itu dibuat hasil daripada beberapa siri rundingan bersama Muda sebelum ini. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR : PKR menawarkan tiga kerusi kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti.
Menurut Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, tawaran itu dibuat hasil daripada beberapa siri rundingan bersama Muda sebelum ini.
"Berhubung isu agihan kerusi, PKR telah mengadakan tiga siri rundingan bersama dengan Muda selari menepati hasrat yang dinyatakan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PH Johor.
"Dalam siri rundingan tersebut, masing-masing telah memberi pandangan secara jujur dan terbuka," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Walaubagaimana, ujar beliau, pihaknya masih menanti maklum balas daripada Muda berhubung tawaran berkenaan.
Terdahulu, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju memberikan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Muda pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada PRN Johor.
Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama ditandatangani, Syed Saddiq, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, hari ini.
BACA: PRN Johor: DAP, Amanah setuju serah 6 kerusi DUN kepada Muda
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini juga telah menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon bagi PRN Johor, manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi sidang media.
BACA: PRN Johor: Penamaan calon 26 Feb, pengundian 12 Mac - SPR
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#muda
#PKR
#Syed Ibrahim Syed Noh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan