KLUANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
Pengumuman tersebut dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pejabat Harapan DUN Paloh, sekali gus menjadi calon pertama yang diumumkan untuk PRN Johor.
Lim berkata keputusan untuk mengekalkan penyandang kerusi DUN berkenaan dibuat berdasarkan integriti dan kredibiliti Sheikh Umar yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan.
"Untuk Sheikh Umar, ia berdasarkan rekod selama ini dan yang penting adalah, apakah bentuk kerajaan yang kita (mahukan)...pentingnya kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang dipandukan oleh rakyat bukan oleh kepentingan pihak tertentu.
"Saya rasa dengan adanya Undi18 itu faktor penentu yang kita tak boleh cam apakah bentuk kecenderungan mereka tapi saya yakin mereka mahukan satu kerajaan yang boleh memberikan masa depan yang cerah kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman tersebut.
Lim berkata reputasi Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor itu ketika menjadi Exco kerajaan negeri memegang portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi, Ekonomi, Penerangan Belia dan Sukan Johor itu turut menjadi antara kekuatan selain disenangi pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Sheikh Umar, 36, graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya itu menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional (BN) Teoh Yap Kun dengan meraih majoriti 783 undi pada penampilan pertama beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP dipilih sebagai calon PH bagi mempertahankan kerusi DUN Paloh pada PRN Johor. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
PRK Pulai: Calon PH puas hati perjalanan proses undi awal
Calon PH Suhaizan Kaiat berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal PRK Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.
PRK: Nazri mahu manfaat pengalaman di MPM, salur masalah rakyat dengan cepat
Calon PH pada PRK DUN Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman tahu saluran yang tepat untuk merujuk sebarang aduan rakyat.
PRN: Pertukaran calon saat akhir perkara biasa - Anwar
Pertukaran saat akhir calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah proses biasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRU15: Calon BN akur beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk C. Sivaraj akur dengan keputusan BN untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai.
PRU15: Ramanan umum manifesto esok, termasuk penyelesaian banjir di Sungai Buloh
Calon PRU bagi PH di Sungai Buloh, Datuk R.Ramanan akan mengumumkan manifesto pilihan rayanya di Ceramah Mega di Kota Damansara esok.
PRU15: Seorang lagi calon PH di Perak positif COVID-19
Seorang lagi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perak disahkan positif COVID-19 selepas melakukan ujian kediri pada Rabu.
PRU15: Calon PH Parlimen Gopeng positif COVID-19
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas melakukan ujian kendiri hari ini.
PRU15: Calon PN tidak akan dipertimbangkan jika ada kes mahkamah - Hamzah
Tegas Hamzah, mereka yang menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah tidak akan dipertimbangkan sebagai calon partinya.
PRN Johor: BN dan PN punca politik huru hara, rakyat jangan tertipu - Fakrulradzi
Mohamad Fakrulradzi menyatakan, kedua-dua parti itu telah menjadi punca kepada kemusnahan mandat rakyat.
PRN Johor: Sheikh Umar jadi calon PH pertahan DUN Paloh
Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP dipilih sebagai calon PH bagi mempertahankan kerusi DUN Paloh pada PRN Johor.