awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: UMNO bakal bertanding 42 kerusi - Mohamad Hasan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/01/2022
02:42 MYT
PRN Johor: UMNO bakal bertanding 42 kerusi - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata, perbincangan mengenai kerusi tersebut masih belum diadakan namun itu sasaran parti setakat itu. -Astro AWANI/Ridauddin Daud
KUALA LUMPUR: UMNO akan bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan mengenai kerusi tersebut masih belum diadakan, namun itu sasaran parti setakat itu.
"Kita lihat minimum 42 kerusi, untuk UMNO sahaja, 42 kerusi daripada 56," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas menghadiri kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tambah beliau, meskipun ia masih belum dibincangkan, namun beliau menegaskan UMNO perlu terus bersedia dengan memberikan tumpuan kepada pengundi muda.
"Untuk Johor, ada lebih 700,000 (pengundi baharu). Semua orang perlu bekerja keras termasuk UMNO.
"Ini bukan kerja mudah untuk UMNO. Kita tak tahu apa yang akan berlaku," ujarnya.
Katanya lagi, walaupun UMNO kini dalam keadaan terbaik, strategi ampuh perlu dirancang kerana setiap pilihan raya tidak sama cabarannya.
"Kita tak boleh kata kita menang besar di Melaka dan Sarawak, kita boleh ambil mudah di Johor.
"Itu sebab dalam setiap pilihan raya, ia berbeza dan kita perlu bekerja keras terutamanya dengan pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik
"Kita tak kenal mereka, kita tak tahu kecenderungan mereka, siapa mereka sokongan, adakah mereka akan keluar mengundi dan sebagainya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#PRN Johor
#Zahid Hamidi
#bertanding 42 kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan