awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/10/2021
01:40 MYT
PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi
Asmuni berkata, Amanah membuat persiapan awal dengan mengaktifkan jentera pilihan raya terutama di peringkat negeri Melaka terlebih dahulu, diikuti jentera operasi nasional.
IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka bertanding antara lapan dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 Nov ini.
Bilangan itu bertambah berbanding hanya enam daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi bagaimanapun berkata, perkara itu akan diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).
"Amanah akan bertanding atas tiket PH, maknanya daripada 28 kerusi yang dipertandingkan itu, Amanah akan bertanding di beberapa kerusi saja.
"Kerusi yang sedia ada, tambah dengan kerusi lain, dijangka antara 8 dan 10 kerusi. Dalam PRU14, Amanah bertanding enam kerusi, dan PRN Melaka, insya-Allah antara 8 dan 10 kerusi," katanya.
Beliau ditemui ketika meninjau keadaan Medan Selera Taman Meru di sini semalam.
Menurutnya, Amanah membuat persiapan awal dengan mengaktifkan jentera pilihan raya terutama di peringkat negeri Melaka terlebih dahulu, diikuti jentera operasi nasional untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
Mengenai sama ada Amanah mahu menerima empat ADUN Melaka yang melompat menjadi wakil rakyat bebas sehingga menyebabkan kerajaan negeri itu tumbang, Asmuni berkata, ia juga akan ditentukan pimpinan tertinggi parti.
Pada PRU14, Amanah menang dua kerusi DUN iaitu Durian Tunggal dan Bukit Katil daripada enam kerusi yang ditandingi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, 8 Nov hari penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.
PRN Melaka | Amanah tanding 8 sehingga 10 kerusi
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Parti Amanah Negara
#Asmuni Awi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan