MELAKA: MCA berharap dapat menyumbang beberapa kerusi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata antara kerusi yang dijangka mampu ditawan kembali parti itu adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Machap Jaya, Bemban dan Kesidang.
Beliau berkata ia susulan perkembangan positif pengundi kepada calon BN iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong di kerusi Kelebang.
"Jadi saya berharap Datuk Lim yang diterima segenap lapisan masyarakat dapat melakukan suatu kejutan, merampas balik kerusi itu. Ini satu impian kita. Selain itu kawasan Machap Jaya ini mempunyai ramai pengundi Cina, tapi kita pernah menang dan kita cuma kalah sekali bagaimanapun pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2007 kita menang.
"Ketiga Bemban, kawasan ini sebenarnya tempat kelahiran saya. Kita juga letak calon walaupun dia (calon BN, Koh Chin Han) pernah kalah sekali, tapi kita harap dia diberikan peluang. Bagi Kesidang, walaupun kita mempertaruhkan calon muda (Leong Hui Ying), dengan gerakan anak muda, saya harap dia dapat melakukan sesuatu," katanya dalam bicara bertajuk "PRN Melaka - Mengapa BN Tetap Pilihan Terbaik" yang diadakan secara maya.
Pada PRN Melaka, BN bertanding di kesemua 28 kerusi dengan UMNO 20 kerusi, tujuh MCA dan satu kerusi mewakili MIC.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab babit 10,390 pengundi - SPR
Tujuh kerusi yang ditandingi MCA adalah di DUN Kelebang, Kesidang, Machap Jaya, Bemban, Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini (20 Nov).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Ka Siong berkata antara kerusi yang dijangka mampu ditawan kembali adalah DUN Kelebang, Machap Jaya, Bemban dan Kesidang. - Foto BERNAMA
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.