MELAKA: Berbaki kurang beberapa jam sahaja sebelum tempoh berkempen tamat, pemimpin-pemimpin parti yang bertanding terus merayu agar rakyat Melaka keluar mengundi bagi menentukan kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.
Mereka menghebahkan pesanan dan amanat tersebut melalui poster dan video pendek di dalam media sosial parti masing-masing, di samping mengingatkan pengundi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan membawa bersama dokumen pengenalan diri yang diperlukan di hari mengundi.
Tidak terkecuali calon-calon juga merayu agar pemilih mengundi mereka di peti undi bagi membolehkan masing-masing menunaikan janji yang telah diwar-warkan dalam manifesto masing-masing.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyddin Yassin melalui satu video pendek di Facebooknya berkata penentuan rakyat Melaka di peti undi akan menentukan dasar, amalan dan corak kerajaan negeri yang akan dibentuk.
"Saya berharap pengundi akan memberikan sokongan padu dengan mengundi calon PN pada 20 Nov, saya doakan dengan undi saudara PN akan membentuk kerajaan negeri dan memacu negeri Melaka bangkit sebagai negeri yang gemilang," katanya.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang melalui satu posternya menyeru pengundi Melaka untuk memilih calon mereka.
"PN ialah ikatan kukuh yang kita bentuk, jadi kita seru semua rakyat khususnya pengundi-pengundi Melaka untuk memilih calon Perikatan Nasional di PRN Melaka," katanya.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut merayu pengundi berkata PRN ini adalah peluang untuk kestabilan politik dikembalikan, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula memohon agar anak-anak di perantauan, pulang ke kampung dan tunaikan tanggungjawab sebagai anak Melaka.
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka yang juga calon DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru pengundi di kawasan itu agar menterjemahkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sesuai dengan demokrasi di negara ini.
Lima calon Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PUTRA) yang membuat penampilan sulung tidak ketinggalan menyampaikan rayuan mereka melalui perkongsian video pendek di laman Facebook mereka, termasuk Laila Norinda Maon calon DUN Gadek yang berkata PUTRA merupakan parti yang masih bersih.
Sementara itu calon Bebas DUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee melalui satu video pendek dalam laman Facebooknya berkata: "Walaupun saya bertanding Pilihan Raya Negeri Melaka sebagai calon bebas, tidak bermakna saya tidak dapat berkhidmat untuk rakyat".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021
Pemimpin-pemimpin parti yang bertanding terus merayu agar rakyat Melaka keluar mengundi. - Bernama
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.