Skip to main content
Advertisement

Politik

PRN Melaka: PH dijangka umum calon lebih awal - Azman Abidin

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin ketika sidang media selepas majlis pelancaran Cheras Family Fun Run di Taman Tasik Permaisuri Cheras hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Azman berkata proses pemilihan calon akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dimuktamadkan dengan mempertimbangkan senarai yang dikemukakan oleh cabang, pimpinan negeri dan akar umbi. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

ALOR GAJAH: Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata langkah itu membolehkan PH membuat persiapan lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memuktamadkan calon yang akan bertanding.

"Kali ini kita lebih bersedia untuk menamakan calon ," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi di sini hari ini.

Beliau berkata proses pemilihan calon akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dimuktamadkan dengan mempertimbangkan senarai yang dikemukakan oleh cabang, pimpinan negeri dan akar umbi.

Terdahulu, Azman menyertai program itu di DUN Kuala Linggi dengan menziarahi tujuh penerima termasuk seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak dan tidak dapat bekerja selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya

Program itu turut menyampaikan sumbangan tunai daripada Jabatan Perdana Menteri, selain bantuan susulan seperti kerusi roda atau sokongan lain sekiranya diperlukan dan layak.

Beliau berkata program Ziarah Kasih merupakan antara aktiviti yang dijalankan Pejabat Setiausaha Politik dan akan diteruskan di beberapa kawasan lain di seluruh Melaka, termasuk di Parlimen Jasin minggu depan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement