MELAKA: Tiga sayap UMNO Melaka telah mengemukakan 16 nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan tertinggi UMNO sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 Nov ini.
Ketua Wanita UMNO Melaka Datuk Latipah Omar berkata sayap itu mengemukakan enam nama untuk diketengahkan dengan mengambil kira tiga kriteria utama digariskan parti iaitu kebolehmenangan (winnable), boleh diterima (acceptable) dan disukai atau disenangi (likeable) pengundi.
"Pemilihan nama calon dibuat Ketua Wanita di enam bahagian di negeri ini dan kami amat berharap 30 peratus wanita diberikan peluang menjadi calon PRN Melaka. Bagaimanapun ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Melaka berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemilihan calon muka baharu pada PRN berkenaan.
Ahmad Zahid pada pelancaran Jentera BN PRN Melaka pada Rabu lepas dipetik sebagai berkata BN bersedia mempertaruhkan calon muka baharu termasuk dari MCA dan MIC bagi bertanding pada pilihan raya berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan pula berkata sayap itu telah menyerahkan tujuh nama kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN Melaka.
"Kami tidak ambil calon paracut (payung terjun) sebaliknya calon yang dipilih adalah berdasarkan penilaian dan petunjuk prestasi utama (KPI) dan mereka diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tempat tinggal mereka.
"Calon berkenaan juga terdiri daripada ikon atau pemimpin masyarakat setempat yang berkelayakan dan dekat dengan masyarakat," katanya yang juga Exco Pemuda UMNO pusat.
Ketua Puteri UMNO Melaka Nurashiqin Alias pula berkata sayap itu tidak ketinggalan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon yang mempunyai kriteria digariskan parti pada PRN Melaka.
"Puteri mempunyai calon yang berkelayakan dan mampu berkhidmat dengan baik walaupun Puteri masih baharu dalam politik. Kami mempunyai ahli bukan sahaja di bandar tetapi di kawasan pedalaman juga.
"Kalau UMNO hendak maju ke hadapan, kita perlukan orang muda untuk terus bersama dengan UMNO dan BN. Jadi, berilah peluang kepada calon muda agar kita dapat melahirkan kepimpinan muda yang lebih baik di masa hadapan," katanya yang juga Exco Puteri UMNO pusat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov ini.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Melaka mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
LATIPAH: Kami amat berharap 30 peratus wanita diberi peluang menjadi calon PRN Melaka, bagaimanapun, terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. - Facebook Latipah Omar
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.